Monday 5 December 2011

BENARKAH DATUK NIK AZIZ NIK MAT NABI DI ZAMAN MODEN???

DATUK NIK AZIZ BIN MAT

 ~~~
 KENAPA DATUK NIK AZIZ NIK MAT TIDAK MEMBANTAH? ~~~


KOTA BHARU 5 Dis. - Walaupun menegaskan nabi dan ulama tidak boleh disamakan, namun Datuk Nik Aziz Nik Mat (gambar) menegaskan, beliau tidak akan bertanggungjawab terhadap tindakan seorang penceramah, Shamsul Zaman Sukri atau 'Ustaz Budak' menyamakan Mursyidul Am Pas itu dengan nabi.
Sehubungan itu, Menteri Besar Kelantan tersebut berkata, beliau tidak berasa duka cita dengan tindakan penceramah Pas terbabit walaupun ia menyentuh soal akidah.

Berdasarkan pendirian itu, katanya, beliau berpendapat tidak perlu memberi nasihat kepada penyokong Pas supaya tidak terlalu taksub dengan pemimpin.
"Saya tidak tahu hujung pangkal 'budak' itu (Shamsul Zaman), jadi saya tak mahu jawab yang itu. Saya tidak bertanggungjawab, dia kena tanggungjawab, saya tidak hubungi budak itu, pihak lainlah yang menghubungi budak itu.
"Saya hendak jawab begini, kalau orang menyamakan saya dengan nabi adalah kufur, maka orang Islam tolak Islam juga kufur, sama ada tolak Islam berganti dengan demokrasi atau kebangsaan juga boleh membawa kepada kufur serupa jugalah. Saya tidak ada apa (dukacita), dia kata," katanya pada sidang akhbar di kediaman rasminya di JKR 10 di sini, hari ini.

Utusan Malaysia hari ini melaporkan sebuah badan pemikir dan beberapa tokoh agama di negeri ini menyifatkan tindakan seorang penceramah Pas menyamakan Nik Aziz dengan nabi sebagai sesat dan membawa kepada kekufuran.
Mereka turut berpendapat bahawa ikon Pas tersebut perlu bertanggungjawab kerana beliau yang membuatkan penyokong parti tersebut taksub kepada pemimpin.
Ia ekoran pendedahan rakaman video ceramah Shamsul Zaman yang menyamakan Nik Aziz dengan nabi dengan bersandarkan hujah 'ulama adalah pewaris nabi' oleh sebuah portal,detikperubahan.com.

SEBAGAI SEORANG ISLAM KITA TAHU DIMANA KITA SEBENARNYA BERADA... JD TAK PERLULAH KITA MENG'IYA'KAN APA YG USTAZ BUDAK KATA..  DIA TAHU KESALAHANNYA BESAR ... KERANA MENYAMAKAN TOK NIK SEBAGAI NABI JUNJUNGAN KITA, NABI MUHAMMAD s.a.w  .... SEPATUTNYA TOK NIK HARUS SEDAR BAHAWA DIA ADALAH ORG BIASA... 

No comments:

Post a Comment