Saturday 31 December 2011

MARUAH DIRI ATAU MARUAH ORANG LAIN YANG KITA PERTARUHKAN DEMI KESENANGAN SEMENTARA?




      Kita sebagai manusia pasti akan tahu apa yg kita lakukan .. tidak kiralah salah atau tidak, yang pasti memang kita tahu niat hati kita. Dan untuk apa kita lakukan. Kenapa harus kita persalahkan orang lain bila  kita  yang tertangkap. Kenapa pulak UMNO nak dipersalahkan sedangkan kita melakukannya dengan rela hati? Kita sudah tahu apa yg kita lakukan salah masih jugak nak jadi keldai hitam. Dimana kita letak maruah diri kita. Kalau kita melakukan demi untuk kepentingan diri sendiri.. tidak salah .. tapi adakah kita sanggup mengaku? Sudah pasti tidak kan?
      Kita sudah tahu natijahnya... sudah diperingatkan dan diberi amaran, namun masih juga mahu melakukannya.. jadi siapa yang bersalah disini... adakah kita sendiri atau pihak memerintah bila kena tahan? Pasti kita akan tunding jari pada orang lain kerana untun mengelak di tangkap... rasanya tidak sanggup untuk berteduh di bumbung POLIS.. sudah pasti TIDAK!
     Inilah yang terjadi pada anak muda kita yang lupa diri.. dan mereka sanggup mengadai maruah diri dan keluarga mereka untuk kepentingan sementara. Mereka tidak sedar secara lansung diri mereka di pergunakan oleh pihak yang tidak puas hati dengan kerajaan. Yang mereka tahu hanyalah wang yang dipertaruhkan pada diri mereka. Ada pihak tertentu yang sanggup mempergunakan pelajar ini demi kepentingan mereka sendiri. Apabila pelajar tersebut kena tangkap mereka cuci tangan dan mengatakan mereka tidak terlibat pun dengan kejadian tersebut. Ini adalah kerana pelajar tersebut telah di'BRAIN WASH' oleh mereka. Apabila mereka di tangkap jangan sebut nama mereka.. dan hanya katakan pelajar tersebut yang dengan rela hati melakukannya. Inilah sikap orang melayu yang amat memalukan sedangkan bangsa asing gelak besar dan bertepuk tangan bila anak bangsa melayu jadi pengkhianat negara. Sedarkah kita akan pekara ini. Rasanya bohong kalau kita tak sedar. Sebab seperti yang saya katakan di atas adalah nyata... KITA SEDAR APA YANG KITA LAKUKAN ,UNTUK APA KITA LAKUKAN DAN UNTUK SIAPA KITA LAKUKAN!!!.
      Disinilah kita sebagai orang tua memantau anak2 kita yang belajar di peringkat menara gading yang kita bangga2kan. Jangan nanti dah TERHANTUK BARU TERNADAH. Nak menyesal pun dah tak ada gunanya. Pastikan anak2 kita tidak menlanggar undang2 sebagai pelajar IPT. Yang pasti amat terasa malu adalah kita sebagai seorang tua kerana gagal mendidik anak2 kita. Renung2kanlah apa yang akan terjadi pada anak kita nanti bila kita sudah tidak ada nanti. 
      

2 comments:

  1. Assalamualaikum...minta izin tuan punya blog dapat memberikan sedikit ruang untuk blog saya dipamerkan di laman blog tuan. semoga kita sama-sama dapat memperjuangankan satu matlamat yang sama...Terima kasih...
    mkedah.blogspot.com

    ReplyDelete